Friday, June 24, 2011

Go Go Sepah!



Semalam (Rabu) aku baru je balik Melaka dari Putrajaya sebab kena kerja harini dan hari esok. Dan esok aku balik semula ke Putrajaya semata-mata nak tengok Final Maharaja Lawak. Haha boleh tak gitu? Yela kat sini mana ada Astro. Kat rumah sana je yang ada. Nak tak nak kena la balik. hehehe. Semangat gila kan. Aku nak Sepah yang menang. Tapi if Jozan memang pon ok sebab aku minat dua-dua. Yang pasti, janganlah Jambu atau Nabil yang menang. Aku tak berapa nak minat diorang. 

Hari ni genap sebulan dah aku berada kat tempat LI. So mengikut perkiraan ada la lagi 9 minggu lagi yang perlu dihabiskan. Dan hari ni jugak aku dah dapat pay slip untuk elaun LI aku. Baru pay slip je ye. Elaunnya esok lusa kot. Kat tempat aku LI ni sebenarnya ada cara lagi kalau nak tambah duit gaji/elaun. Kena buat KAIZEN. Korang tau tak apa tu kaizen. Kaizen tu maksudnya 'improvement' atau 'change for better'. Macam kita kena bagi idea untuk penambahbaikan sesuatu perkara. Kadang-kadang benda yang simple pon diorang bayar sebab idea dan implement untuk apa yang kita buat tu. Aku bagi contoh yang paling simple la, konon-konon ada rak kasut. Pastu letak tagging "RAK KASUT" kat situ. Hantar borang kaizen untuk idea dan implement kita tu. Kita akan dibayar RM5 untuk idea dan RM5-RM10 untuk implement. Simple kan nak dapat duit. Ada brother kat sini hantar sampai 100 kaizen, sebulan dia dapat lebih RM1000. Gila betul. Kalau aku buat betul-betul, mau cecah riban gaji aku. kehkeh. Itu kalau la. Tak terbuat-buat lagi. Idea dah banyak dah sebenarnya. Cewah.

Ok tu jela takde benda sangat nak cerita sebenarnya. Kena tido awal esok nak kerja. Byeee.