Saturday, May 28, 2011

Selepas Seminggu Praktikal

Seminggu dah berlalu praktikal aku. So ada baki lagi 13 minggu. Lama lagi tu. hehe. Seminggu ni macam-macam aku belajar kat sini. Semua pekerja yang in-charge untuk practical trainee semuanya baik-baik belaka. Kira ajar semua benda yang aku tak tau secara details sangat. 

Dan yang paling best, aku dapat tengok cara buat kereta dari rangka sampai jadi sebuah kereta. Memang best giler. Selama ni mana la aku amik tau sangat pasal kereta ni. Aku tau bawak jer. hihihi. Lepas tu, makan tengahari free. Dapat la jugak jimat duit. Aku satu tempat dengan sorang lagi budak kos aku, Praba. Yang geng-geng lain semua dah terpisah ke department lain. Aku masuk section quality. Kat department ni boleh kira dengan jari la berapa orang perempuan. Dalam 0.5/10 je perempuan aku rasa.  Sikit kan? Macam syarikat-syarikat jepun yang lain, kat sini pon pagi-pagi kena ada senaman (taisou) dulu before masuk kerja. Ni pun benda baru jugak aku belajar. Dalam seminggu ni aku banyak di ajar je la. Takde buat kerja pun lagi. Tak tau la minggu-minggu depam macam mana.

Aku tak boleh cerita secara details sangat pasal kat sana sebab secrecy company. hehehe. Kalau boleh, memang macam-macam lah aku cerita. 

Dan perkara biasa yang aku lalui, semua orang cakap aku dengan Lina kembar. Dekat lebih 5 orang dah cakap. Start dari hari first lagi. 

Pasal rumah sewa pulak setakat ni ok la tapi secara tiba-tiba pulak kipas bilik belakang boleh rosak. Tak tau kenapa. Tapi dah bagitau tuan rumah dah. Nanti dia hantar orang kot betulkan. Tapi benda yang paling tak best, takde line internet. Siyes bosan giler. huhuhu. Nak online pon gune zero facebook je. Tu pon dari 6am -6pm jer T__T So kalau balik je la aku ada peluang nk online. huhuhu


Masa first day 

Gambar pakai uniform
Ok bye.