Tuesday, May 03, 2011

Musuh di Jalan Raya

Cakap pasal jalan raya, aku memang banyak tak puas hati dengan orang kat jalan raya ni. Bukan semua la hanya segelintir. Sebab tu kalau aku bawak kereta, mulut aku pot pet tak henti. Tapi tak boleh kalahkan akak aku lagi. Kalau korang naik kereta dengan dia, boleh cair taik telinga dengar dia membebel. Ini serius.

Ok, lets go the points. Antara musuh-musuh ketat aku di jalan raya adalah:

1) Orang nak masuk simpang tak bagi signal. Penat aku tunggu dia lalu sebab nak cross jalan, sekali boleh pulak dia belok sebelah aku kan. Grrr

2) Orang yang tak tau sabar. Contohnya aku dari simpang nak masuk ke jalan besar, kena la tunggu kereta clear dulu kan baru boleh masuk, tapi orang ni, boleh siap-siap hon aku lagi. Kalau kat traffic light pon sama jugak. Kalau tak sabar sangat, pergi la jalan dulu. Rasa nak tomoi je kereta dia.

3) Orang yang pakai lampu putih yang terang gila tu. Tak tau la nama lampu tu apa. Silau mata tengok. Patutnya memang tak boleh kan pakai lampu tu, sukati diorang je kan. Tak pon orang pakai lampu biasa tapi dia bukak lampu tinggi. 

4) Orang yang curik parking. Maksudnya di sini, aku dah park betul-betul belakang kereta yang baru nak keluar dari tempat parking, means, aku nak parking kat situ la kan. Ni boleh pulak dia cross aku, terus amik tempat parking tu. Haa yang ni memang kena sumpah 7 keturunan la. Aku siap dah nak pancitkan tayar je dah masa tu. Nasib baik aku ni baik sikit. Sabar. Sikit lagi nak meletup. Aku hanya sempat amik gambar kereta tu je. Yang bawak kereta tu chinese.


Ni la kereta orang yang amik tempat parking aku tu. Kereta dia dah la buruk kan? 

5) Orang yang hon mungkin sebab nak kan perhatian atau mengorat kot. Okay bukan maksud aku perasan. Tapi cuba korang bayangkan, yang hon tu dari lori yang besar tu, hon aku yang kat tepi jalan ni. Mau nak tercabut gegendang telinga, koklea aku sume sebab bunyi hon tu kuat sangat. Kalau hon pakai loceng basikal tak pon loceng ais krim, boleh la jugak aku terima lagi. ish ish.

6) Orang yang terhegeh-hegeh bawak kete pastu nak bawak kat lane kanan. Dah tau bawak slow, bawak la elok-elok kat lane kiri. Lagi panas kalau yang slow tu bawak BMW atau Merc. Tak guna bawak kereta besar-besar tapi bawak macam bawak kereta kancil. 

7) Orang yang suka beriringan dan seiringan. Seiring dan sejalan ni tak semestinya seindah bunga di taman tu yer, kalau dah kat jalan raya pon ko sibuk nak seiring-iring memang nak kena langgar la tu. Biasanya orang yang jalan kaki, naik basikal tak pun naik moto. Suka sangat beriringan. Boleh pulak berborak-borak, gelak-gelak, bertepuk tampar dan macam-macam lagi. Annoying kan?

Ok tu je kot. Rasa macam banyak lagi tapi tak boleh nak fikir dah. Nanti kalau aku ingat balik, aku buat part 2. Kalau korang ada termasuk dalam list ni, jangan rasa terpukul pulak ye. Hihihi

p/s: Kat jalan raya semua orang adalah musuh.