Monday, May 16, 2011

Latihan Industri di Honda, Melaka

Lagi seminggu aku akan mula latihan industri aku kat Honda, Melaka. Cuak lah pulak. Nasib baik dah dapat rumah sewa. Kalau tak lagi pening. Tapi yang paling memeranjatkan aku sekali adalah LI aku habis 26 Ogos. Lama gila. Sepatutnya 10 minggu je LI so 31 Julai dah habis patutnya. Tapi company tu mintak lebih 2 minggu sebab nak cukupkan 3 bulan. Sepatutnya 12 minggu la kan? Tapi tiba-tiba kat surat tu tulis 14 minggu, sampai 26 Ogos. Dah la nak kena submit report dua minggu daripada tarikh sepatutnya habis tu (31 Julai). Hmm. Takpe lah, daripada tak dapat placement langsung kan. Nasib dapat elaun jugak. Elaun RM500/month.

see? sampai 26 Ogos T_T


Pic credit to klurbanite

Masa mula-mula hari tu ingatkan kena letak kat department painting, tapi rupa-rupanya kat assembly frame department. Seriously i have no idea department tu macam mana. Pasang frame kereta ke. Ada kena mengena ke tak dengan bidang aku. Entah la labu. Tunggu je la Isnin depan macam mana.

Rumah sewa pun dah dapat jugak, not bad la rm 450 sebulan. Share ramai-ramai kira takde la mahal sangat. Aku carik rumah kat mudah.my. Masa mula-mula dah ada orang reserve dah rumah tu, tapi sampai hari ni dia senyap je deposit pon tak bayar. So apa lagi, baik aku cepat-cepat bayar deposit sebab nak confirmkan. 

p/s: susah jugak rupanya nak carik kerja dan rumah ni. Setahun lagi mungkin aku bakal melalui benda yang sama untuk cari kerja dan rumah  yang sebenar T_T


Bakal rumah sewa


Updated: Sebab ramai sangat yang tanya macam mana nak apply latihan industri kat Honda, kat sini aku sertakan sekali contact details kot2 korang nak apply ke kan. Hope it helps. Thank you.