Saturday, May 21, 2011

Cerita Sungai Congkak, Nur Kasih dan Pirates of the Caribbean

Sebenarnya nak buat entry pergi sungai congkak dulu tapi tangguh punya tangguh, sampai aku keluar pergi tengok wayang kelmarin, so sekali kan aje la entry ni. Aku pergi Sungai Congkak masa cuti Hari Wesak hari Selasa hari tu. Pakcik aku yang mula-mula ajak. Mula-mula ingat nak pergi Air Terjun Kemensah, tapi tak jadi. So Sungai Congkak je la tempat tujuan kami. Punyalah jauh nak pergi sana. Last-last tempat mandi dia macam biasa-biasa je. Tak best sangat pun sebab tak boleh berenang. Setakat berendam boleh la. Air pun cetek aje. Balik-balik dari Sungai Congkak singgah Mines pulak sebab nak karok. hee




Lepas tu hari Khamis pulak, keluar dengan Ery Farieha sebab nak tengok cerita Nur Kasih dan Pirates of the Caribbean. Sekaligus tu tengok dua-dua cerita. Semangat tak? Actually aku tak layan pun sangat cerita Nur Kasih yang drama punya. Tapi tau la jugak jalan ceritanya sebab orang dok cerita-cerita. Cerita Pirates lak best la jugak. Cuma bila Keira Knightley dan Orlando Bloom takde macam ada kurang sikit. Yela cerita-cerita sebelum ni kan diorang ada. Apa-apa pun dua-dua cerita best. So siapa-siapa belum tengok tu, pergi la tengok ye. Baru-baru keluar ni tiket selalu penuh. Kalau tak nak beratur panjang, beli la secara online. Cepat dan pantas. Takde dah nak kena beratur-beratur lagi. hee

Ada rupa Tiz Zaqyah tak? || wakakaka takde langsung.


Aku dah nak gerak pergi Melaka dah jap lagi. Harap-harap semuanya ok. Maybe internet takde kat sana. So bakal berhabuk la blog aku ni. 


Bye semua.