Tuesday, April 05, 2011

The Kulkith Shoes

Hari tu masa tengah jalan-jalan kat belog Saffa, nampak la gambar dia pasal kasut kulkith yang baru dia beli. Tengok-tengok sekali macam berkenan la pulak. Hee. So lepas usha-usha dan pilih kasut kat website kulkith, aku pon ingat nak beli kasut yang warna purple. Sekali takde la pulak. Last-last aku amik color oren je. Tengok kat gambar nampak macam color oren, tapi bila sampai, dia macam color coklat pulak. Tapi takpe la. Ok la jugak.

Aku wat pre-order kat kulkith then amik kasut kat diorang masa diorang datang Malaysia kat Bijou Bazaar hujung bulan lepas. So takde la kena cas penghantaran.

TAPIIIIII..........

Masa tarikh nak amik kasut kat bazaar tu, aku kat UTM so aku soh adik aku amikkan kat sana. Sekali dia cas aku RM30 sebagai duit minyak dan tol. Pfffttt~ Kalau aku tau, aku soh je orang kulkith tu pos. Berkira punya adik...



Saya punya kasut

So siapa-siapa nak beli kasut ni boleh la tengok kat website ni. Banyak kasut cantik-cantik. hehehe..

Ok bai