Saturday, April 16, 2011

End of Semester 6

Cewah berangan dah end of semester ek. Tak end lagi sebab tak jawab final exam lagi. Kalau dah jawab baru kira end kot. Ok sebenarnya aku nak maksudkan, aku dah habis kuliah untuk semester 6 yang busy gile sampai aku tak cukup tido setiap hari. Rasa heaven sangat sebab dah tak payah dah nak kena buat case study lagi. Selamat tinggal Process Control. Proposal untuk Projek Sarjana Muda (PSM) aku pon dah siap. So lepas ni boleh concentrate untuk final exam yang jadualnya agak mencabar sebab setiap hari ada paper T_T

Lepas final pulak kena pergi LI selama 3 bulan. Cuti semester 4 bulan. So aku hanya ada waktu berehat sebulan je. Dan lepas tu, aku bakal menjadi pelajar tahun akhir (tahun 4). Macam tak percaya ok. Rasa macam baru je masuk UTM hari tu. Tup2 dah nak jadi final year student. Cepat betul masa berlalu kan.


Class terakhir Engineering Economy with fav lec Dr Hasyim Hassan

My PSM