Monday, April 04, 2011

Bas Ekspress

Bas ekspress memang sinonim la dengan orang yang takde kenderaan macam aku ni kalau nak balik kampung. Memang kena naik bas ekspress. Weekend lepas aku balik rumah, yela lama tak balik kan. Sekejap je tak sampai 3 hari. So ahad aku dah balik UTM balik.

Biasa memang aku amik bas kat Bukit Jalil lepas dia tukar dari Pudu hari tu. Tapi semalam, baru aku tau rupa-rupanya bas nak ke selatan, dah pindah ke terminal bas kat Bandar Tasik Selatan. Ceitt. Bape banyak kali nak tukar da. Aku pon baru tau last minute. Masa tu dah dekat pukul 6pm dah if nak gerak gi tasik selatan memang tak sempat dah. Kalo sempat pon nanti naik bas lambat. So gigih aku carik kat Bukit Jalil tu mana tau ada gak bas ke Johor.

At last jumpa jugak. Tu pon bas apa tah aku tak pasti. Tapi yang aku hanginnya, mula-mula kata gerak pukul 6, sekali 6 setengah baru terkedek-kedek nak gerak. Lembap betul. Confirm la lambat sampai UTM nanti. Lepas tu, boleh pulak dia singgah kat Seremban lagi. Lagi hangin aku. Lain kali cakap la awal-awal kalo bas tu banyak tempat persinggahan. Nasib baik la dia tak singgah kat tempat makan yang keluar tol tu. huhuhu.


ni bas fav aku. setakat ni tak pernah ada masalah lagi dengan aku

Dan ada lagi part yang buat aku hangin satu badan. Masa kat dalam bas. Sebelah aku ada makcik Indon. Time dalam bas ni jugak ni dia bergayut kat tepon. Kejap2 call laki dia, kejap2 call bos dia plak, anak dia, dan tah sape-sape lagi. Kalau cakap slow-slow takpe la jugak. Ni memetir kat sebelah telinga aku. Macam nak buat announcement. Aku nak tido pon terganggu. Nasib aku tak sound je. kehkeh sebenarnya tak berani. Bukan mak cik sorang tu je yang bising. Ada lagi geng-geng orang Vietnam kot aku pon tak sure. Bukan main lagi berborak dalam bas kuat gilaaaaa. Macam bas tu dia yang punya. Siap boleh bertenggek atas kerusi lepas tu pandang belakang borak-borak dengan geng dia. Lepas tu jakun-jakun tayang hp masing-masing konon canggih la..grrr...Pukul kang.

Dan part yang paling best, driver bas bukak lagu tamil sepanjang perjalanan. Sampai aku boleh hafal dah lagu tu. (-_-")

Aku sampai UTM lambat gak dalam pukul 11.30pm camtu kot. Cuak gak malam-malam balik sorang. Nasib baik ada hero datang jemput. Cewahhh..

Kalau aku duit, dah lama aku beli jet peribadi takde dah nak naik bas ekpress ni semua. KALAU laaa....hahahaha...