Wednesday, March 30, 2011

Nuffnang dan Churpchurp

Dua-dua benda ni aku suka sebab bagi aku duit. Even takde la banyak mana tapi kira ok la. Ada jugak kan. hee. Nuffnang ni dah lama la jugak aku buat, income pon biasa-biasa jer atau dalam erti kata lain, sikit je. Tak macam blogger otai seminggu boleh cecah ratus-ratus. Aku nak cecah ratus pon semput. Biasa la blogger picisan. Eh jap picisan tu menda ha? lalala. Lately ni nuffnang baik hati bagi aku buffered earning padahal trafik aku sikit je kot. Sampai 4. Tapi 1 dah jadi metered so tinggal 3 sahaja. Apa-apa pon thank u la nuffnang ^_^ Aku pon ingat nak cash out je duit ni. Tunggu lama-lama pon buat apa. Ye tak?

Churpchurp pulak, hmm susah sangat nak gerak sekarang ni. Sejak dia tukar cara pengiklanan yang kena share link tu, earning aku memang lambat gile nak naik. Dulu masa guna schedule tweet kat twitter memang best la. Sebab 1 tweet je boleh dapat dalam RM3. Kalau macam ni entah bila aku boleh cash out aku pon tak tau la.

Nuffnang

Churpchurp
By the way, aku ada masuk National Online Quiz 5 anjuran MyLine UTM dan berjaya mendapat 2nd runner up. So dapat hadiah external hard disk. Tapi tak sure pulak berapa besar dia. Baru ingat nak menang netbook ke. Cewah. Tak bersyukur betul aku ni. Tapi bagus jugak dapat hadiah ni sebab aku takde external hard disk sebab dah rosak (sedih). If menang netbook or iPod Touch pon dua dua aku dah ada. So memang sesuai la tu bagi aku hard disk. Lepas ni boleh download cerita banyak-banyak. Haa Hasrol Nizam pon menang jugak hard disk. hehe. So, lepas ni kalau ada National Online Quiz yang ke-6 boleh la korang cuba masuk yer, sebab quiz ni melibatkan universiti-universiti lain seluruh Malaysia. 


P/S : Alhamdulillah murah rezeki aku.

P/S 2: Sekarang tengah pening memikirkan pasal tempat LI, test dan exam. Bilakah semua ini akan berakhir?