Monday, March 28, 2011

Hidup sebagai seorang pelajar

Sejak dua menjak ni, aku agak jarang mengupdate blog. Semua gara-gara ke-busy-an yang maha dasyat pada minggu lepas. Dengan report case study, Projek Sarjana Muda (PSM). Ini tak masuk lagi minggu ni punya cerita. Dengan test 4 ke 5 entah, project juta-juta subject economy (hyperbola sket), project management, case study 4 (Alhamdulillah ni case study yang terakhir), apa lagi ek. Tak terkira kalo nak tulis kat sini. Pendek kata, selagi belum tutup mata, belajar belajar belajar (curik ayat P Ramlee dengan sedikit pengubahsuaian).

Nice tak aku punya case study kat bawah ni. Mau juling dah mata tengok graf-graf ni semua.






Aku bukan nak mengeluh ke apa, just nak cerita je macam mana ke-busy-an aku sekarang. Orang kata kalau selalu mengeluh buat sesuatu benda ni, apa pun tak dapat nanti. Ingat tu. hehe. Hujung minggu ni baru la aku berkesempatan nak balik rumah, dah banyak kali dah tunda dekat 2, 3 minggu jugak. Jangan la tak jadi kali ni.

Sem ni tinggal lagi berapa minggu je nak habis. Mestilah aku suka kan. Cuma yang menjadi kekusutan aku sekarang, AKU TAK DAPAT LAGI TEMPAT LI. wuuu~ Takde ke sape-sape nak amik aku bekerja kat tempat diorang.