Saturday, March 19, 2011

Facebook yang semakin hari semakin serabut

Facebook ni kira social network yang hari-hari aku akan bukak. Biasa la nak baca status orang, nak komen gambar, nak baca update kat group budak2 kelas, nak stalk orang. eh eh. Kira banyak la benda yang aku buat dengan facebook ni.

TAPI...........

Sejak akhir-akhir ni banyak pulak benda kat facebook yang buat aku annoying sangat. Salah satunya adalah SPAM kat chatbox. Grr~ Geram betul aku. Dalam sehari tu ada la jugak dalam 10 msg aku dapat yang macam ni...



Bukan member2 je yang hantar, cikgu sekolah aku pon sama ada hantar. Aku rasa kalau terklik link tu, dia akan automatic hantar kat semua orang. Aku rasa aku tak pernah klik. Tapi tak tau la mana tau tiba-tiba aku ada terhantar kat korang. Bukan aku sengaja tau. Tapi aku rasa memang takde kot. heee..

Yang lagi satu aku annoy adalah aku di tag dengan RAHSIA TARIKH LAHIR yang Dr Fadzillah Kamsah tu. Aku dah lama baca aku punya rahsia tarikh lahir tu. Since zaman friendster lagi. So tak perlu la tag aku. Masalahnya bukan rahsia tarikh lahir bulan Jun je aku kena tag, dari bulan Januari-Disember. Adoi. Jenuh jugak aku nk remove tag tu..




Rahsia tarikh lahir tu lagi banyak dari gambar aku yang sebenar. (-_-")