Monday, March 07, 2011

Ada apa dengan bowling


Cakap pasal bowling, aku takde la minat sangat dengan game ni. Kalau main pun gitu-gitu jer. Dalam 1 sem ada la satu dua kali main tu pon kalau ada orang ajak. Kalau takde, memang takde la aku nak pergi. Takpon if ada orang nak belanja, memang laju je la. hihihi.

Actually aku tak bape suka sangat sebab sebenarnya aku tak tere main. Erk kantoi. Kalau aku tere dah confirm2 aku minat kan. Ni tak, asik masuk longkang aje, kalau dapat strike tu memang bertuah sangat le tu. Tapi pernah la jugak dalam 1 game aku strike 1 2 kali ye, bukan tak pernah ok. hahaha.



Ini la yang berjaya aku dapat masa main bowling beberapa hari lepas. Team aku yang lain sume tere2 belaka. Aku je yang tak. hehe. Malu aa camni.

Ada sape2 volunteer nak ajar aku main bowling tak?