Wednesday, February 09, 2011

Oreo Cheese Cake buatan saya

Ok actually weekend lepas nak post pasal ni. Tapi memandangkan aku busy, postpone punya postpone baru la sekarang nak post. adoi. Banyak benda nak kena submit minggu ni. Busy sebab buat kerja last minute la. huhuhu. Jangan tiru macam saya ok. 

Masa cuti hari tu, aku tiba-tiba teringin nak buat kek. Ni semua gara-gara lepas baca blog Sherah pasal oreo cheese cake tu. So apa lagi aku pon nak jugak cuba. Mana tau ada bakat-bakat terpendam macam chef ke. Chewaah. haha. Misi dimulakan dengan mencari barang-barang nak buat cake tu. Aku carik kat cold storage dan mydin. Lepas balik dari mydin yg kat presint 14 tu, ternampaklah kedai secret recipe. So aku gi beli onesatu slice oreo cheese cake. Konon-konon nak bandingkan la bila cake aku dah siap nanti. Tapi dah makan dulu awal-awal. Hee memang sedap la. Lepas tu baru misi membuat cake diteruskan. Ini antara bahan-bahannya. Kalau nak tengok cara nak buat, korang klik la kat link blog Sherah tadi yer. Kat sana dia dah ajar. 







tak berapa nak cantik hasilnya. harap maaf

Lepas dah siap sejukkan dalam fridge, aku pon keluarkan la kek aku dari aluminium foil tu. Sekali kek tu dah macam ala-ala lempeng jer dah. Sebab dia kurang tinggi.. Asal sherah punya kek boleh jadi tinggi? hehehe. Padahal bahan-bahan semua sama jer kuantitinya. Em maybe size bekas tu kot besar. Entah la. 

Bila rasa cake tu, alangkah terkejutnya aku sebab rasa dia lagi sedap dari kek secret recipe. *Ok tipu* Secret recipe lagi sedap sebenarnya. Tapi cake aku ni boleh tahan la. Adik aku yang kecik tu cakap sedap. Kehkeh. Takpe-takpe, ni first time buat, dah lama-lama nanti, mesti lagiii sedapp. hehs :')