Monday, February 28, 2011

Dateline or Deadline

Ok hari ni aku nak jadi cikgu BI kejap (cita-cita Hasnida ni). hee. Eceh macam layak je aku nak jadik cikgu BI, kalau Has boleh la, dia speaking bi berhabuk bukan main laju lagi. Kalau aku nk speaking, terkedek-kedek sampai lecturer pon tak paham aku cakap apa (T_T). Mungkin aku cakap tak berapa nak jelas disebabkan oleh braces. Ok salahkan braces sekarang.

Ok balik kepada topik asal. Korang ada mengalami kekeliruan tak nak guna perkataan deadline atau dateline. Yang selalu aku nampak orang salah guna ialah diorang nak tulis deadline tapi tertulis dateline. Mungkin mereka ingat dua perkataan ni sama tapi sebenarnya TIDAK sama sekali ye kawan-kawan. Mari lihat contoh penyalahgunaan perkataan dateline dan deadline ni. 

Supposedly dua-dua kat atas ni guna perkataan deadline instead of dateline. Aku alert sikit kalo orang salah guna sebab dulu aku pon salah pastu kena tegur. Kehkeh. So sampai sekarang aku ingat. hee. Meh tengok kedua-dua definition perkataan ni.


DATELINE
A dateline is a brief piece of text included in news articles that describes where and when the story occurred, or was written or filed, though the date is often omitted.

Atau dengan bahasa mudahnya, dateline ni ayat first kalau kita baca berita kat surat khabar yang ada tulis tempat, tarikh. Contoh : Skudai, 28 Februari — Seorang pelajar UTM, Nur hidayah Isa telah berjaya menggondol pingat emas dalam acara makan tak henti-henti....... 



DEADLINE
The time by which something must be finished or submitted; the latest time for finishing something..

Yang ni biasa kita guna, contohnya tarikh last nak hantar assignment tu bulan depan ke. Itu la maksudnya deadline tu.


Ok itu sahaja segmen kita untuk hari ini. Bye.

P/S : Malam ni ada test yang aku rasa mesti susah. Doakan aku dapat jawab. Takutnyee...