Saturday, February 19, 2011

Blackout

Aku pon tak pasti la kenapa kat UTM ni selalu sangat blackout. Banyak sangat agaknya penyelenggaraan yang nak di buat. Tadi lagi sekali blackout tapi aku tengah sibuk-sibuk bersiap nak pergi discussion pasal case study aku. Huhuhu. Beberapa minit lepas tu dah ok balik, but then, blackout lagi. Hangin aku. 

Dah blackout kan, confirm la tak boleh nk buat discussion dalam gelap. Tak nampak. Sakit mata. Ceh alasan je kan. hee. Tapi ada beberapa orang kengkawan aku memang terbaik la buat discussion even tengah blackout tu. Disinari lampu lilin. Candle light discussion gitu. Wahhh respect betul aku!! Semangat gile ok nak siapkan kerja. Mau menangis lecturer aku kalau tau pasal ni. kihkih. 

Ni team coMet, aku dah mintak izin dah dengan tuan empunya gambar ini yer untuk letak kat blog
contoh-contoh pelajar cemerlang.

Team mate aku semua decide buat dekat McD je sebab kat sana mestilah ada karen kan, pastu takde la panas sebab ada air-cond (demand plak ko eh). Bukan demand ye kawan-kawan, tapi untuk dapat hasil kerja yang mantap, maka kita mestilah buat kerja kat tempat yang selesa. Tak gitu. (walhal sebab kat sana boleh refill air). 

Sem aku kali ni teramat busy disebabkan subjek ni la. Sebab subjek ni belajar guna PBL (Problem Based Learning). Means kita kena belajar sendiri, buat case study semua, discussion yang banyak, tutorial, report. Pergh macam-macam, memang tak habis nak tulis kat sini. 

Apa-apa pon aku harap, aku dapat lalui semua ni dengan baik. InsyaAllah.