Monday, January 10, 2011

Nak Pergi Jepun

Ok fine semua orang nk post pasal AJL. Aku pon nk cakap gak sikit. hehe. Memang ramai yang tak puas hati termasuklah aku. Macam tak percaya je Ana Raffali boleh menang. Hmm entah la. Dah rezeki dia nak menang kan.

Yang sedihnya Faizal Tahir tak menang. Hampa gila kot T_T . FT tak pernah jadi juara padahal lagu best. Ada konspirasi menentang dia kot. Hahaha. Black pon tak menang lagu Sofea Jane. Lagu tu best apa. hadoi. Lain kali bagi aku jadi juri la. Senang cite.

Dah la malas nak cerita pasal AJL memang tak puas hati punya. Baik aku cerita pasal study ke, makan ke, jalan2 ke. 

Haa raya cina ni maybe aku akan pergi Riau, Indonesia. Patutnya pergi bulan 12 hari tu tapi di postpone kan. Kenapa tah. Lepas tu bulan 5 ada program pergi Jepun. Waaaa yang ni aku nak pergi. Nak sangat. Tapi tapi tapi, mintak-mintak la tarikhnya sebelum aku pergi LI. Kalau tak memang tak dapat nak join la. Program gi Jepun ni pon tak sure lagi sebenarnya. Harap-harap jadik la ye. Teringin nak pergi sana. Tapi sebenarnya aku teringin pergi time ada salji. hohoho. Bulan 5 mana ada salji.  But if tak dapat pergi pon takpelah, pergi time honeymoon nanti jer. hahaha. AMBOI!



p/s : Ok kena menabung dari sekarang ni.

p/s2 : Macam sempat je nak berprogram semua ni, semester ni dah la busy giler.