Thursday, January 27, 2011

Mimpi Mainan Tidur?

Setiap kali aku tidur kan, mostly aku akan bermimpi. Kadang-kadang dalam satu malam aku tidur, boleh ada sampai 3-4 mimpi. Banyak kan? Aku suka cerita pasal mimpi aku kat room mate aku sampai kan dia cakap kat aku, 

"penat la weh dengar cerita mimpi ko ni.." (-_-")

Sebab apa ek aku selalu bermimpi. Nak kata aku tidur tak basuh kaki, basuh jer sebab setiap kali before tidur aku akan pergi toilet. Nak kata tak baca doa, aku baca jugak (kalau ingat la). heee. Ke sebab aku banyak tidur ek? Erk kantoi.

Memang macam-macam genre cerita mimpi aku tau. Yang thriller, yang mengarut, mimpi kawan-kawan, mimpi terbang, bla bla dah tak ingat dah sebab banyak sangat. Dan yang paling banyak sekali aku mimpi pasal tsunami. Memang banyak ada la dekat 10x. Kenapa tah. Sebab aku takut sangat dengan tsunami kot. 


Kadang-kadang pernah jugak aku mimpi, tapi aku tau aku yang aku sedang bermimpi. Pernah tak terjadi kat korang? So boleh buat apa yang kita suka dalam mimpi tu. Dan kalau mimpi yang seram-seram ke, sampaikan paksa suruh diri sendiri terjaga sebab takut. 

P/S: Baru-baru ni aku mimpi Addy Ashraf dengan Elfira Loy. Tak memasal kan? hahaha. Sebab teringat cerita Qalesya kot :p Mimpi korang camne plak?