Sunday, January 30, 2011

Membawa Rakan Bersiar-siar di Putrajaya

Semalam aku bangun awal lah jugak, tapi disebabkan malam tu aku tido lambat, tengahari tu aku sambung tido balik.  Tapi tiba-tiba ada orang call. Lina (rumet aku) rupanya. Dia cakap dia nak datang Putrajaya kejap lagi. Pastu dapat lagi 1 message daripada buyer sebab aku beli barang kat Mudah. Dia cakap dia sampai dalam 30 minit lagi. Apa lagi terkocoh-kocoh aku gi mandi siap-siap. hehe. Lina plak asik message sebab dia sesat kat Putrajaya. Normal sesat kat Putrajaya ni. Aku duduk sini dekat 2 tahun pon still boleh sesat lagi. Hahaha.

Lepas jer amek barang daripada buyer, aku pon gerak pergi Alamanda. Angkut semua adik-adik aku sebab semua pon nak ikut. Sampai-sampai lepak Mcd kejap. Jumpa Lina, akak Lina and sepupu dia kat sana. Lepas tu bincang-bincang nak pergi jalan-jalan amek gambar kat area Putrajaya. But before that aku kena amek lens dulu kat Fotokem setelah sekian lama lens aku ada kat sana sebab hantar servis.

amik gambar depan cermin. macam biasa lah kan :p

on the way. adik aku jadi driver so boleh la camwhore jap. hehe

Lepas tu aku bercadang nak jalan-jalan kat Pullman Putrajaya Lakeside. Kat situ cantik sebab ada tasik dan ada pantai buatan. Pullman ni hotel. Lepak-lepak situ jap amek gambar. Ada la nampak beberapa orang budak mandi kat situ. Tak tau plak aku kat situ boleh mandi. Pasni confirm adik-adik aku ajak pergi sana lagi (-_-") Masa on the way nak pergi sana hujan lebat pulak. Nasib baik tak lama lepas tu berhenti. Kalau tak, memang tak kesampaian la hajat Lina nak jalan-jalan.

Ni la tasik Pullman tu,cantik kan? Ni bukan aku amek yer. Aku amek dari sini.

Ok jom tengok gambar-gambar yang berjaya diambil.

Ain, Ima, Sarah, Kak Nazliah, sepupu Lina(lupa nak tanya nama), Lina

Memang macam pantai betul siap ada pokok kelapa lagi.
Nak tayang sandal baru dari Nichii. Tengah sale 50% wajiblah kena beli. hehe. Tapi macam sempit sikit :(

Pantai buatan tersebut

Ok pilihlah yang mana berkenan. Yang kiri sekali tu paling lemah lembut sangat. hehe.

Baik-baik korang celup kaki. Kang angkat-angkat tinggal tulang jer. Sebab kena makan dengan piranha. haha

amek gambar memang no 1

Budak kecik ni memang pantang jumpa toilet. suka sangat main air sampai habis baju basah-basah

air yang sejuk.

aku memang tak reti posing. okthxbye

Lina i cant see ur eyes. pakai tudung ke depan sangat.

with my lil' sis, Sarah Athirah
So tu je la cerita aku bawak Lina bersiar-siar. 1 tempat je pon. hakhak. Sebab Lina dah nak balik dah masa tu. So aku dan adik beradik aku meneruskan misi ke Alamanda semula untuk berfoya-foya. Mula-mula pergi main game token tu. Lama gak main game kat sana. Lepas tu nak pergi karaoke. Tapi tak jadi pergi sebab karaoke yang kira harga ikut lagu tu dah takde. Yang ada hanya sewa bilik iaitu RM33 sejam. Terus aku kata takyah sebab membazir. huhuhu. Cian adik-adik aku baru nak nyanyi-nyanyi.

So itu jela cerita untuk hari kedua cuti aku kat rumah.