Friday, January 21, 2011

Korang rasa patut tak aku beli handphone baru?

Tengoklah sendiri betapa hinanya handphone aku sekarang *mata berkaca*. Sampai nak cas, bersusah payah kena ketatkan guna getah kalau tak dia tak detect. Hampeh kan? Actually hp Nokia ni takde pe masalah pon, cuma charger je yang rosak. Tadi aku dah beli charger baru so oklah. Sebabnya memang dah tak boleh guna langsung even aku dah pusing-pusing getah sampai terbelit-belit semua. (-_-")


Yang Sony punya charger pon problem jugak. Dia tak ketat. Tapi still boleh guna so aku tak beli pon charger baru tu. (Jom jimat kononnya). kehkeh. Tapi sony tu bukan setakat charger je problem, hp pon sama dah bengong. Asyik ter restart sendiri je. Bukannya ter restart sekali, tapi dekat 5 6 kali dalam satu satu masa. Mana la aku tak bengang. Rasa macam nak baling je kat dinding. Nasib aku ni sabar orangnya. Fuh fuh. 


Aku tengah berhasrat nak beli hp baru ni. Tapi tak tau la nak teruskan ke tak hasrat tu. Agak-agak korang, perlu ke tak ha? Ke guna je hp lama ni. Tak pon kan, kalau korang berhati mulia, boleh la hadiahkan aku sebijik iPhone tak pun Blackberry. hahaha