Monday, January 03, 2011

Hari Pertama Semester yang Busy

Ok fine aku baru perasan aku terpublish entry yang lama-lama semalam. Padahal aku edit nk letak label je tup2 dia tukar tarikh publish. Aku pulak tak view blog lepas tu. Memang sengal. Tu yang aku pelik tiba-tiba ada komen kat entry lama. Alahai. Entry hari-hari terakhir di UTM. Padahal baru je nk masuk sem. Hadoi..

Tadi hari first kelas. Tapi still takde kelas tadi. Ada lab je. Tu pon lecturer tak datang. So aku just datang sebab nak daftar subjek. Actually dah daftar dah masa pra-pendaftaran. Tapi disebabkan masalah teknikal banyak subjek yang hilang. So kena la daftar balik. -_-". Dan nombor giliran aku adalah yang ke 276. Perggh memang berjanggut la nak tunggu. Sampai petang kot. Ni first time first time busy gila kat pejabat fakulti.

Lepas tu, naik turun aras 1 sampai aras 4. Banyak kali sebab nk carik lecturer. Last-last lecturer kat bawah. huhuu. Exercise betul lah tadi. hehehe. Daftar subjek tak settle lagi. Maybe esok baru settle kot.

Lepas tu aku pergi buat kad matrik pulak. Disebabkan kad matrik aku hilang tah kat mana tah cicir, aku kena pergi banyak tempat. Mula-mula report kat pejabat keselamatan. Lepas tu pergi bayar kat pejabat bendahari.(dah la tengah takde duit -_-") And lastly baru pergi tempat buat kad matrik. Fuhh penat lagi. Dan terhasillah gambar kad matrik aku yang tak seberapa. heee

Memang hari penat sedunia la hari ni....

Akhirnya dapat kad matrik baru yang ada cip. hehehhe

p/s: Sem ni aku amek PSM. Tu yang paling aku takut. hehe.