Wednesday, January 19, 2011

Akhirnya Dapat Jugak RM4000

Berita gembira bagi semua pemegang biasiswa JPA kat UTM hari ni sebab JPA dah masuk. huhu. Berakhir jugak penantian aku selama ni. Semalam lagi dah kecoh-kecoh cakap dah masuk. Tapi aku tak percaya sangat sebab takut diorang bagi harapan palsu. So tadi lepas kelas, lepas tanya member-member ada yang dah masuk, aku sendiri pergi cek kat ATM. Yahoo!! Bila skrin kat atm tunjuk angka yang bertambah. Sebelum tu tak sampai 10 hengget pon duit dalam tu. HAHA.

Lepas ni boleh la makan besar eh. Takde la nak berkira-kira lagi kalau nak makan kat tempat mahal-mahal. Cewah.

TAPI kan, yang menjadi masalah aku sekarang, time takde duit aku pening sebab memikirkan masalah duit, tapi bila duit dah ada, aku still pening jugak. Sebab apa? SEBAB TAKUT DUIT HABIS CEPAT. Haha motif?!


gambar masa keluar malam tadi. hehe. kalau tau JPA dah kuar masa ni,
terus aku shopping time tu jugak. hee

p/s: Sapa nak aku belanja, angkat tangan? heee