Saturday, December 25, 2010

Lipas Dalam Mee Hoon Sup

Biasanya kalau naik bas, driver bas mesti akan singgah kat R&R untuk penumpang singgah toilet ke atau nak pergi makan. Tapi tengok bas jugaklah, ada yang berhenti sekejap je ada dan yang berhenti lama. Aku suka jugak kalau bas berhenti sebab boleh la beli makanan. Tapi kalau aku tengah nak cepat, memang aku geram la bila dia berhenti lama-lama.

Aku suka kalau bas berhenti kat R&R PLUS highway. Tak kisah la kat mana-mana, memang bersih la tempatnya. Lagi-lagi kalau R&R yang baru tu. Memang superb tempatnya.

Yang menjadi masalah aku sekarang, aku tak suka driver bas yang suka berhenti kat tempat makan yang bukan PLUS punya. Ala yang kena masuk tol dulu baru jumpa restoran tu. Kalau kat area selatan ni biasanya dia akan masuk tol Batu Pahat atau Yong Peng ke ape tah. Lepas tu dia pergi kat restoran tu. Restoran Jaya kalau tak silap. Aku tak suka tempat ni sebab tempatnya macam kotor. Lepas tu macam tak canggih. (perlu ke nak canggih? hehe)

Panjang plak aku membebel. Ceritanya semalam, aku pergi kat tempat tu, Restoran Jaya, sebab dah lapar masa tu pukul 12am kot, aku tapau la mee hoon sup kat sana. On the way nak balik UTM. Tengah mak cik tu siap-siapkan mee hoon sup aku tu (dia bungkus yang baru, amik dari periuk), aku usha-usha la makanan-makanan yang dah sedia terhidang kat situ. Sekali aku ternampak benda bergerak dalam mangkuk mee hoon sup tu. Rupanya LIPAS. Yuckss.

Aku dah macam nyesal beli makanan kat situ. Lepas je mak cik tu bungkuskan mee hoon sup tu, aku belek-belek la plastik tu mana tau kot-kot ada jugak lipas. Then, aku nampak sesuatu yang pelik, warna hitam. Aku tanya la makcik tu,

Aku : Mak Cik ni apa?
Mak cik : (sambil belek-belek plastik tu) Tu taugeh punya kaki kot dik.
Aku masih tak berpuas hati, aku belek betul-betul plastik tu, sekali nampak macam sayap. SAH kompem tu LIPAS.
Aku : Ni lipas la mak cik!!
Mak Cik : Oh yeke? Sambil amek balik plastik tu kat aku
Aku dah bengang dah masa tu. Dalam hati rasa cam tak jadi nak beli tapi kang marah pulak mak cik tu. Lepas tu aku cancel beli mee hoon sup aku tukar beli nasi ayam. Tu pon masih was-was lagi nak makan.



p/s : Aku cukup benci tempat makan yang tak mementingkan kebersihan. titik.