Monday, December 06, 2010

I Won an Ipod Touch From Altimet !!

Hari ni aku gembira sangat-sangat, bukan hari ni je. Dari semalam lagi. Sebab apa? Tengok tajuk pun dah tau kan? Aku menang photo competition anjuran Altimet yang aku hari-hari suruh korang vote tu. Alhamdulillah. Tak sia-sia usaha aku selama berapa minggu ek? 3 minggu rasanya.

Aku tau pasal contest ni pun daripada facebook Altimet. Masa tu aku perasan orang mention dia kat twitter. So aku try la tengok ni Altimet yg artis tu ker? So bila bukak-bukak terbukak la fan page beliau. Bila nampak je pasal photo contest ni  apa lagi. Terus je la aku masuk. Masa tu yang kat rank no 1 dah jauh dalam 200++ vote. Tapi aku yakin, sempat kot kejar. Tu yang masuk jugak tu.

Aku tak ingat bila aku submit gambar tu. Lupa. Tapi kalau ikut entry yang aku mintak korang vote tu, 10 November. Sepatutnya contest ni tamat pada 27 November. Tapi dilanjutkan pulak sampai 4 Dec. Nasib baik aku tak give up masa  tu sebab dah malas nak promote. Kalau tak dah rugi dah.


Actually masa last day of vote petang semalam aku agak jauh ketinggalan dalam 100 vote jugak la. Banyak kan? Tapi malam tu aku tak putus asa lagi. Still berusaha. Sampai la lagi 20 minit beza vote dalam 40 kalau tak silap. Aku dah mula rasa nak give up. Tapi bila pikir-pikir balik, dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak lengan. Ye tak?

Dengan bantuan kawan-kawan aku semua, aku berjaya kalahkan Andy di saat-saat akhir. Memang akhir betul sebab dalam pukul 11.59 pm vote aku kurang 2 or 3 dari dia. Sampaikan bila aku dah potong dia pon aku dah tak perasan sebab aku still ingat gambar aku kat tempat yang kedua tu, sampailah adik aku cakap. Last sebelum contest tu tutup aku tengok vote aku lebih dua dari Andy. Tapi bila dah tutup, dah tak boleh tengok dah jumlah keseluruhan vote. Aku pun dah tak ingat berapa. Kalau tak salah 1386 kot.


Memang gembira la bila tengok gambar aku kat rank first. Macam tak percaya jugak mula-mula. Aku still gak tunggu Altimet umumkan baru la rasa percaya aku yang menang. heee. Pagi tadi baru la dia umumkan aku menang. Apa lagi Yay!!!!!!!!! Finally.


A big thanks to Hasrol Nizam dan Asyraf sebab diorang paling banyak membantu. hehe. Kat kawan-kawan yang tolong vote pon sama jugak ye. Thanksss tauuu!!

p/s: Tak sabar nk dapat Ipod Touch tu :)