Saturday, December 04, 2010

Fisheye oh Fisheye

Aku dah lama berkenan dengan fisheye ni. Korang tau tak apa itu fisheye. Kalau tak tau leh la klik kat sini. Sebab apa ek aku berkenan. Sebab nampak unik dan cool kot gambar bila amik macam tu (pada pendapat aku la). Ramai orang guna fisheye lens ni kat camera lomo sebab camera lomo ni harga dia ok sikit tidak la terlalu mahal sangat. Kalau untuk DSLR punya fisheye lens harga memang ribu-ribu punya. Tak mampu untuk aku membelinya. Sobs (T_T)

Aku teringin nak beli camera lomo haritu sebab fisheye punya pasal lah. Tapi bila pikir-pikir balik, pakai camera film ni leceh sikit. Nak beli film lagi, hantar develop & scan lagi. Macam-macam kerja. Bagi orang malas macam aku, aku rasa macam tak patut untuk aku beli. Bukan macam, memang tak patut. Kalau aku beli pon mesti masa mula-mula je semangat guna lepas tu mesti terus terbengkalai. hihihi :D

Ni antara contoh gambar fisheye. Cantik kan gambar ni? Pemilik dia yang gambar bawah sekali tu sebelah aku. Blogger syahirul.com





Tapi tapi ada solution lain kalau tak mampu nak beli fisheye lens. Boleh guna Fisheye And Macro Converter Conversion Lens. Ini la yang menarik hati aku hari ni. Aku bercadang nak beli. Harga pon takde lah mahal sangat. Dalam RM260. Contoh gambar guna fisheye converter ni macam ni.




Haa cool kan? Aku lagi suka yang tepi dia ada ring hitam macam ni. Kalau gambar kat atas tu takde kan. Just ada effect fisheye tu je.

Cakap pasal camera, dah lama sangat aku tak pergi shoot amek2 gambar. Dah berhabuk dah camera aku tu agaknya. Al-maklumlah hari tu busy dengan exam memang takde masa la aku nak amik2 gambar ni. Sekarang tengah cuti ni boleh la kot. Tapi kit lens aku masuk klinik. So ada 2 lens aje la yang boleh digunakan.


Panjang pulak aku menaip. By the way hari ni hari last untuk vote photo contest altimet tu. Sape yang belum vote, vote la yer. Hari ni jer. Hari ni jer. Tengok lah aku dah ketinggalan jauh ni. sob sob. Sedih tau. Vote gambar jambatan putrajaya tu tau. Klik sini http://bit.ly/c2MKmE . Vote tau. Siapa vote dia comelll. heee.

pesaing aku ni. Si Andyhowtt

Ok bai.