Sunday, December 19, 2010

Bertolak ke Melaka

Aku busy akhir-akhir ni sebab buat gerak kerja untuk program Melaka Academic and Community Service (MACS '10). Setiap hari kena turun bilik gerakan siapkan kerja, setiap malam jugak ada rehearsal. Memang takde masa nak update blog. So esok pagi pukul 7 aku akan gerak ke Melaka kat Kampung Paya Rumput untuk program ni. Ada kem pendidikan dan jugak program khidmat bakti. Duduk rumah keluarga angkat. Dan lagi sekali aku adik beradik dengan international student. huhuhu.

Tugas aku untuk program kali ni, aku masuk unit pemindahan teknologi dan jugak jadi photographer untuk khidmat bakti. Dan aku kena tolong unit grafik jugak sebab aku tau guna photoshop. Sampai tak tido aku semalam siapkan gambar untuk simbolik dan cenderahati untuk perasmi. Nasib baik banner, backdrop, bunting dah ada orang buat. So tinggal edit sikit-sikit aje. Biasa aku edit gambar size kecik-kecik aje. Ni nak kena printing besar-besar kena la amik kira pasal resolution, dpi semua tu. Baru sekarang aku tau pasal tu. Bertambah jugak ilmu. hehe








p/s: Baru sekarang aku nak packing barang untuk 5 hari berada di Melaka. Hari terakhir kat sana nanti 23 Dis kitorang semua akan jalan-jalan kat sekitar Bandar Melaka. Jom2 sape nak ikut.