Sunday, November 07, 2010

Mood aku hilang kalau

Sekarang tengah musim study week. So kerja aku pagi petang siang malam menghadap buku je la kan. Ok tipu. Macam lagi banyak menghadap laptop aje. hahaha. Berbalik kepada topik asal, mood aku nak study akan terus hilang bila mana semua pen aku takde DAKWAT.


Bukan satu pen je takde dakwat. Tapi semua kat atas ni termasuklah liquid paper tu. Adakah ini satu konspirasi menentang aku? Cis. Padahal takde lah lama sangat pun aku pakai pen-pen tu semua. Baru je gune kejap, tup-tup dah habis dah dakwat tu. Dalam TV ye ye je cakap pen tu panjang berkilo-kilo-kilo meter. Tapi tipu je semua tu kan. Alahai (-_-")

Dan tempat yang paling sesuai untuk pen-pen ni semua adalah dalam tong sampah. Bye bye pen. 


Pen-pen yang aku dapat masa program pergi pangkor hari tu. Boleh la guna jugak pen ni di saat-saat aku memerlukan ni. Bak kata pepatah Karam Singh Walia
"Tiada rotan, pelempang berguna juga"

ehh ada kena mengena tak?