Thursday, November 25, 2010

It's Been A While

Dah lama kan aku tak update blog. Last entry 10 Nov yang lepas. Kononnya nak concentrate kat final exam lah kan. Dashboard blogger pon aku tak bukak sebab lupa. Tadi bukak-bukak banyaklah jugak komen-komen yang tak di approve lagi.

So sekarang, 4 paper final telah habis aku jawab, tinggal lagi 1 je. Fuh macam-macam perasaan lepas habis jawab paper. Malas dah nak pikir. Tunggu je la result macam mana. Apa yang aku usaha itu lah yang aku dapat. Tak gitu? Tapi hopefully tak mendukacitakanlah.

Sekarang ada lagi masa seminggu before last paper. So enjoy la dulu. Macam-macam nak buat. Nak qada tido, nak tengok cerita 2 Alam Harry Potter. Em apa lagi ek? Akan difikirkan kemudian.


By the way, kalau korang perasan dalam seminggu ni aku asik promote korang suruh vote pic aku dalam contest altimet tu. Semangat ni nak menang. Ingatkan tarikh tutup 27 Nov ni tapi dilanjutkan pulak. Memang bertambah malas la aku nak dok promote lagi semiggu. Lama kot. Korang pun sure dah boring aku asik mintak korang vote aje. hee. Dan sape-sape yang dah vote tu aku ucapkan terima kasih. Kalay boleh vote la lagi ye. Tengok lah macam mana kalau aku rajin aku akan teruskan berjuang, kalau malas memang rezeki diorang la nak menang Ipod Touch tu. Cewah.

P/s : aku-tengah-lapar-gile-dari-pagi-tak-makan.

sekian.