Saturday, November 06, 2010

Gunung Merapi Indonesia

Tadi tengah jalan-jalan baca blog, aku terbaca cerita pasal Gunung Merapi yang kat Indonesia tu. Sebelum ni aku ada la jugak dengar dan baca pasal gunung ni dah nak meletus tapi tak baca dengan lebih mendalam. So tadi masa baca dan tengok gambar pasal berita ni, agak terkejut jugak aku. First time ni aku tengok gambar kesan-kesan akibat gunung berapi ni. Korang tengok lah sendiri macam mana keadaannya. Takut, sedih dan macam-macam lagi aku rasa. Teruk jugak kesan gunung berapi ni.


Agak banyak jugak bencana yang melanda Indonesia baru-baru ni. Dengan gempa bumi, tsunami, dan pasal gunung berapi ni. Tiba-tiba rasa taknak pergi pulak program ke Indonesia hujung tahun ni sebab takut. Boleh tak camtu?


P/S: Tak lupa jugak bencana banjir yang melanda negara kita sendiri.

Gambar aku amik dari SINI. Klik kalau nak tengok gambar-gambar yang lain. Memang takut.