Monday, November 29, 2010

Dia Boleh Bertukar Wajah

Tajuk tu macam lagu Senario la plak. Haha motif. Korang perasan apa-apa yang berubah tak kat blog aku? Jeng3, aku dah tukar template. Rajin la pulak aku tukar kan. Entah macam mana mood nak tukar template tiba-tiba je datang. Padahal bukan takde kerja nak buat, saje je carik kerja. huhuhu. 

Seharian jugak la aku dok mengedit itu ini, header pon dah lain sikit kalau nak di bandingkan dengan yang lama punya. Kalau korang perasan la. Aku lupa lak nak print screen yang lama punya. Lepas tu tempat komen pon dah lain sikit, chatbox pun bertukar color. hehe. Ikut tema color pink dan baby blue.

Ada orang tanya aku macam mana nak buat header macam tu. Aku pon tak reti nak jawab macam mana. Kalau korang ada sebelah aku, reti la jugak aku nak ajar. Lagipon dah banyak dah tutorial kat blog-blog lain macam mana nak buat header. Just tinggal nak cari je. Tak gitu? hehe. Header aku ni biasa-biasa je pon.

So apa komen korang dengan template blog baru aku ni? Ok tak?

Ok tu je kot, katil dah memanggil-manggil aku untuk tido. Nite!