Friday, November 26, 2010

Adik Aku Masuk Surat Khabar?

Hari ni bangun lambat gila. Qada tido la katakan. Dalam pukul 11 camtu la. Dah lama aku tak bangun lambat macam ni. Balas dendam sebab sebelum ni tak cukup tido. Bangun-bangun je mandi. Lepas tu terus kuar pergi cafe nak carik makanan. Dan nak carik sekali surat khabar metro sebab nak tengok sesuatu. hehehe. Tadaa..


Ini yang aku nak tengok sebenarnya. Gambar adik aku jadi model untuk buku kanak-kanak syarikat buku SBA Evolution Sdn.Bhd.

Bulan lepas, ada seorang kenalan aku, Bukhari kat facebook yang tanya kat aku boleh tak Sarah jadi model buku untuk syarikat dia sebab nak buat iklan kat suratkhabar. Dia kenal Sarah sebab aku banyak letak gambar sarah kat facebook kot. hehehe. Aku pun tanya la Sarah nak jadi model tak? Umpan sikit. Dengar je jadi model terus setuju. Aku cakap nak jadi macam Scha tak (adik aku ni minat Scha Al-Yahya), memang terus setuju je la dia.

Balik raya haji jari tu aku pon bawak la adik aku ni pergi syarikat buku ni, kat Putrajaya je pon. Dekat sangat. Masa nak amik gambar, suruh la dia senyum, punya la susah. Penat aku suruh dia senyum tapi senyum-senyum terpaksa je yang dia lemparkan. hahaha. Dia segan kot dengan orang-orang kat situ sebab tak kenal. Dan kat atas tu la hasil daripada senyum terpaksa adik aku ni. hehe. Tapi balik-balik rumah je lepas tu terus update status kat facebook dia. hahaha


p/s: takde orang nak amik aku jadi model ke..hahaha *muntah*