Saturday, October 30, 2010

What You Give You Get Back

Korang selalu tak dengar ayat tajuk kat atas tu. Mestilah selalu kan. Pernah juga berlaku dekat aku. On da spot pulak tu.

Kejadian 1
Masa tu adik aku tengah study. Yela nak UPSR kan. Dia ni suka study meniarap kat lantai. Padahal ada je bapak aku belikan meja study. Tapi dia tak nak guna. So aku la yang guna tempat tu untuk online. hehe. Ok masa tu dia tengah study meniarap. Aku nampak dia, saja la nak nyakat. Aku pukul kuat-kuat punggung dia. Eceh ayat sopan sikit.

Lepas tu apa lagi aku nak melarikan diri la ni. Dan-dan lepas tu aku tergolek dog sebab lantai licin kat depan pintu. (T_T) Habis kena bantai gelak depan adik aku. 'Nak wat jahat lagi, padan muka'. Kata beliau menyindir aku.



Kejadian 2
Masa tu kat dalam kelas. Aku dalam kelas memang susah sikit nak concentrate. So untuk hilangkan boring, aku menyorokkan pencil case kawan aku. Bukan nak nyorokkan betul-betul. Niat bergurau aje ye. Lepas kelas, melilau kawan aku cari lepas kelas dah habis. Last-last kantoi juga yang aku nyorokkan dalam beg aku. huhu.

Lepas keluar kelas, aku pon pergi kat tempat moto sebab aku balik naik motor. Entah macam mana, kunci moto aku tertinggal dalam seat motor. Aku ingat kawan aku yang nyorokkan, tapi memang betul tertinggal kat dalam motor. Dah la kunci spare tak bawak so terpaksa lah balik hostel aku yang jauhnya 2km dari fakulti. Sadis kan?

 tension kunci takde. huhu

Kejadian 3
Yang ni kira baru gak berlaku masa akak aku kahwin 10.10.10 hari tu. Melibatkan kawan aku yang kat atas ni jugak. Kan majlis tu hari Ahad. So diorang datang kenduri lepas tu terus balik UTM naik bas. Dengan berbaju kurung lagi tu. Memang jarang la diorang ni kalau nak naik bas jauh2 pakai baju kurung. So aku saje la nyakat " Wah balik pakai baju kurung nampak? bagus-bagus". hehe.

Aku balik keesokan harinya, masa nak balik tu puas aku carik jeans aku. Memang tak jumpa. Padahal aku letak elok-elok atas katil. Sebab aku tak bawak seluar atau jeans lain, terpaksa lah aku balik pakai baju kurung. See? Baru je mengata orang semalam, terus-terus terkena kat aku kan. Memang terbaik.

ayu ape pakai baju kurung. btw ni gambar famili kat studio yg aku rasa TAK SESUAI 
langsung background nye. dah macam halloween pon ada gak.

Pengajaran kat sini : Buat jahat jangan sekali, Tapi 2 kali. Eh eh :p