Friday, October 15, 2010

Seni Mempertahankan Diri

Aku sebenarnya teringin sangat nak ada seni mempertahankan diri (martial art) contohnya macam tae kwon do, karate, silat mahupun tomok eh tomoi. Bukannya aku tak pernah daftar masuk benda ni semua, pernah tapi tak pernah habis.

Mula-mula aku masuk karate. Masa tu sekolah menengah masa form 1. Tak lama pun aku join, dalam berapa bulan entah. Pastu dah tak pergi. Bapak aku siap dah kasik dah duit semua nak beli baju. At last tak beli pon, songlap je la duit tu. kuikui~

Lepas tu pulak, aku try nak join silat. Kat kampung aku dulu ada kelab silat tapi silat ape tah aku pon dah lupa. Gayung kot. Yang ni aku datang sehari je. Sebabnya masa hari first tu aku belajar bunga-bunga dia. Ala yang macam menari-nari sikit tu aku rasa. Susah kot. Kena lembut-lembutkan tangan semua. Manalah aku reti. Tangan aku ni keras aje. Memang lepas tu tak datang sebab macam tak best aje.

Masa sekolah menengah, aku try nak join tae-kwan-do plak. Yang ni aku tak sempat nak belajar apa pun lagi. Cuma sempat mintak duit kat bapak aku nak beli uniform dia jer. Last-last tak join langsung. haha. Aku pun dah lupa kenapa aku tak sempat nak join masa tu. Duit nak beli baju tu pon habis aku dah foya-foya agaknya.

Sampai sekarang satu seni mempertahankan diri pon aku takde. Bahaya la jugak sebab sekarang ni macam-macam jenayah yang berlaku. Lagi-lagi kat JB ni, kadar jenayah tinggi kot. huhu. Jeles jugak tengok budak kecik-kecik lagi dah ada black belt. Tengoklah, entah tahun bila nanti mana tau tercapai jugak hasrat aku nak belajar martial art. Siap wakil Malaysia nanti lagi. muahahahaha. Poyo lak. 

comel kan. anak aku nanti kecik2 lagi aku dah hantar kelas martial art.