Thursday, October 28, 2010

Kisah Pergi Pangkor

Ok cite pergi pangkor dah nak basi dah tapi aku baru nak cite. Biasalah aku busy menelaah buku untuk test last-last test tak dapat jawab pon. Hampa. Bukan tak dapat jawab sebenarnye, dapat, cuma aku rasa jawapan aku macam salah sebab orang lain punya jawapan lain dengan aku. huuuu~

Ok lupakan sebentar pasal test. Benda dah lepas tak boleh nak patah balik. Now aku nak cerita pasal kisah aku sepanjang berada kat Pangkor weekend lepas.

Kitorang bertolak khamis malam dalam pukul 11 macam tu lah dan sampai kat Jeti Lumut dalam pukul 9. Lepas tu naik feri pergi Pangkor. Sampai-sampai aje pergi breakfast and then bertolak ke Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor. Dengan tak mandinya, macam serabai pulak. Lepas tu pergi hotel yang berdekatan untuk siap-siap sebab ada majlis perasmian Pangkor Educational Camp & Community Services 2010 (PECCoS '10) dan penyerahan anak angkat kat sekolah.



Ini dia family angkat aku. Mak angkat aku nama Fatimah. Adik beradik angkat sorang nama Syikin dan sorang lagi Maureen. Maureen tu orang Uganda tau, bukan India. Ada pakcik taxi boleh pulak bantai speaking tamil dengan dia sebab ingat dia India. hahaha.

Lepas abes majlis, balik la ke rumah mak angkat masing-masing. Rumah tu betul-betul depan pantai. Memang dekat sangat sampai aku rasa kalau air pasang, air boleh masuk rumah. Pastu segan jugak aku sebab kat rumah dia ada orang bujang. hoho. Malam tu pulak pergi dewan besar kat kampung untuk prepare majlis malam kebudayaan malam esoknya.

 

Esoknya bangun-bangun, lepas sarapan, pergi dewan lagi kemas-kemas dan hias-hias. Tiup-tiup belon la, tapi aku memang takde tiup sebab takut bila belon pecah. Tak suka kalo belon pecah mesti aku terkejut. Lepas siap, balik rumah makan tengahari.  Lepas tu siap-siap sebab nak pergi jalan-jalan pusing Pulau Pangkor. Tak lama pun jalan-jalan sebab petang tu ada perlawanan bola jaring lawan penduduk kampung. Most of them makcik2 la yang akak2 ada jugak.


best gak main gayut2. hehe
Aku amek position Goal Shooter. Partner opponent aku yang jadik Goal Keeper (GK) kat gambar bawah ni. Memang susah gila kot aku nak gerak mungkin sebab badan dia lagi besar dari aku. Sekali dia halang, memang abes la ko Eda. haha. Bola asik kat diorang aje sebab diorang main laju sangat. Masa lawan, 3-4 orang team aku yang injured. Bayangkanlah betapa banyak ye kawan-kawan. Termasuk aku sekali. Jari aku sampai bengkak sebab kena tepis ngn diorang. Terus keluar sebab nak pegang bola pon dah tak boleh. Yang lain ada terseliuh kaki la tangan la.

Nak tau bape score nya. 14-6 okay. Pastilah kitorang yang score 6 tu. wuwuwu sadis kan. Aku tak heran sangat kalah sebab kitorang memang tak training. hoho


Malam tu pulak ada malam kebudayaan. Aku take part nyanyi koir aje. hehe. Just nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dengan lagu UTM. Banyak gak persembahan ada zapin, nyanyian akustik, sajak, sketsa daripada international student dll. Ada jugak cabutan bertuah. Grand prize dapat hp tapi aku tak dapat la. hehe. Itu je untuk hari tu.


Esok paginya, pukul 11 ada majlis penutup. Aku rasa macam sekejap je program ni tup-tup dah majlis penutup. Sepatutnya Menteri Besar Perak yang datang tapi entah macam mana last minute beliau tak dapat hadir so ganti dengan orang lain aku pun tak ingat la siapa. Masa ni kena nyanyi koir jugak tapi siap tengok lirik sebab tak hafal lirik. hahaha. Lepas ucapan semua, majlis penyerahan semula anak angkat. Semua dah sedih-sedih masa ni. Lepas tu sesi bergambar la apa lagi.


Lepas abes je majlis, semua dah plan nak pergi snorkelling la, gi mandi pantai la. aku just pergi jalan-jalan naik moto pusing-pusing Pulau Pangkor amek gambar.


Opps terpanjang sudah.