Thursday, October 21, 2010

Im Going to Pulau Pangkor

Malam ni pukul 10 aku bertolak ke Pulau Pangkor sebab nak pergi bercuti tenangkan fikiran yang kusut ni. Cewah. Takdelah, aku pergi sana sebab ada program under kolej aku, Pangkor Educational Camp & Community Services 2010 (PECCos '10). First time jejak kaki pergi sana so agak excited la jugak. Dengar cerita tempatnya menarik pastu pantai pon bersih dan cantik je. Last aku pergi pulau-pulau yang cantik ni masa lepas SPM kat Sabah. Dah lama kot dekat 4 tahun.

Kat sana nanti ada kem pendidikan dan jugak khidmat bakti. Ada program anak angkat jugak. Sapelah yang bakal jadi keluarga angkat aku. hihihi. Tak pernah ada famili-famili angkat ni. First time lagik! kuikui

Ok sebenarnya minggu ni busy sangat. Dengan ada dua project kena hantar, minggu depan ada test terakhir lagi. Huhu takpe2, bagi aku relax kejap eh kat Pangkor. Nak menghirup udara segar, dah la jerebu kat JB nih. Room mate aku, Lina pergi jugak, padahal minggu lepas dia baru je balik dari Pangkor. hehe.

Tengah-tengah time busy ni, boleh pulak braces aku buat hal, bracket dia tercabut lagi. Banyak pulak tu yang tercabutnya, dah 1 kerja nak pergi jumpa dentist kejap lagi. Actually dentist aku cuti bersalin selama 2 bulan. So aku tak pergi follow up  la dalam waktu tu, tapi sekarang dah tercabut, terpaksa pergi jugak lah, tapi jumpa dentist yang lain. Ganas sangat ke ek aku makan, padahal masa tercabut tu aku makan nasi je tau...huuuu

Ok doakan aku selamat pergi dan selamat sampai. Next update aku cerita pasal trip kt sana pulak. Bye

Gambar takde kena mengena. Carik la mana aku. huhu