Sunday, October 03, 2010

Bila Budak-Budak pun dah Ada Facebook

Dulu aku rasa aku kenal internet masa umur aku 10 ke 11 tahun. Masa tu zaman-zaman chatting kat MIRC, takde lagi laman-laman sosial macam facebook sekarang ni. Eh takde ke aku yang tak tau ek? haha. Tapi yang aku tau masa tu chatting je la kot. Akak-akak dan abang aku yang ajar.

Tapi adik aku yang tadika (6 tahun) tu sekarang, facebook pon dah pandai guna. Bukan main lagi. Tapi tak reti sangat pon dia guna, korang baca je la status dia ni. Macam-macam pulak dia nak tulis.


muaah jadik ummah? hehehe. padahal abg nik tu bf akak aku. adik aku lak nak kebas. hehe
yang ni pulak adik sedara aku. sebaya dengan sarah.

 Lepas tu adik aku ni pandai main google2 gak tau. Hari tu dia ada google camni ayat dia 

"Saya nak tengok rumah orang kaya"

Lepas tu dia ada google lagi,

"Bila Abang Nik nak belikan bunga api?"

Comel tak comel la kan cara adik aku google. Youtube pon dia pandai guna sekarang. Asik la tengok video kat Youtube tu. Siap cakap dekat mak aku,

"Mak, adik dah pandai tengok video kat You-tu-bi."

Punya la mak aku dok pikir ape kebenda youtubi tu. Rupa-rupanya Youtube. Alahai adik aku. Dia pronounce Youtube tu youtubi rupanya. Wuwuwu~