Tuesday, October 12, 2010

101010 - Selamat Pengantin Baru Akakku Suzanni

Semua orang dok sibuk cerita pasal kahwin Syeikh Muszaphar tapi aku tak nak. Baik aku cerita pasal kahwin Akak aku, Suzanni lagi bagus. hehehe. Akak aku selamat diijabkabulkan dengan abang Masran malam ahad yang lepas kat kampung aku di Bukit Kangkar, Muar, Johor dengan dua kali lafaz. hehe. Sebelum akad nikah tu, boleh pulak rumah black out kan. Lama jugak dekat sejam. Akak aku memang dah tak keruan dah masa tu. Nasib baik ada balik elektrik kalau tak memang memorable gile la kot nikah dengan disirami cahaya lilin. Candle light wedding gitu. hehe. So akad nikah tu agak lambat sikit lah lepas dah ada balik elektrik tu.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tahun depan turn akak aku yang Noor Zakiyah tu pulak. Turn aku maybe 3 tahun lagi kot. hahaha berangan lebih. Entah-entah adik aku yang kahwin dulu. Thanks juga kat kawan-kawan aku yang datang. Ok tu je kot. To my sis, SELAMAT PENGANTIN BARU

p/s : Aku tak sabar nak dapat anak buah yang kedua. Cepat2 la yer hasilkan anak. wakakaka :D