Monday, September 06, 2010

Selamat Datang Syawal

Pejam celik pejam celik sekejap je dah nak habis bulan Ramadhan kan. Aku rasa macam sekejap. Tahun ni UTM bagi cuti lama sikit, dua minggu. Sebelum ni cuti dapat seminggu je. Kenapa tah tahun ni baik sangat bagi dua minggu. Nanti Raya Haji pun dapat cuti lagi. Yes yes aku suka.

Semalam aku dengan akak aku pergi Jalan TAR (first time jejak sana) sebab aku tak beli lagi baju raya. Memang ramai sangat orang. Diorang ni semua tak balik kampung lagi kot. Nak jalan 10m pon amek masa 5 minit tau. Ramai tak ramai lah kan. Himpit sana himpit sini. Memang bahaya betul. Nasib takde berlaku apa-apa yang tak diingini. Punya lah bersesak-sesak last-last takde hasil pon. Tak jumpa baju raya yang berkenan ni hati.

Last-last pergi uptown kat Danau Kota nak cari kat situ lak. Kat situ pon ramai gile orang. Pening aku dibuatnya. Aku memang tak suka pergi tempat yang ramai-ramai ni. Rimas. Dengan macam-macam bau lagi-lagi bau rokok. Memang aku tak tahan. Nasib baik ada la jugak hasil. Dapat la beli baju raya sepasang. Lagi sepasang beli kat Muar je la.

Sehari sebelum raya baru aku pulang ke kampung halaman kat Muar. Kampung belah ayah. Lepas tu baru balik beraya kat Sabak Bernam, kampung mak. Doakan perjalanan aku ya kawan-kawan.

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua terutama pembaca blog aku ni. Mintak maaf kalau ada salah silap, terkasar bahasa dan apa-apa jelah. hehe. Ucap awal-awal. Nanti entry hari raya aku wish sekali lagi. hahaha~