Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri

Lama tak update blog. Biasalah sibuk beraya kat kampung. Raya ni aku beraya ni Muar dan Tanjung Karang. Aku suka raya sebab dapat makan sedap-sedap. hehe. Boleh gemuk sebab asik makan je. Tapi bila timbang, makin turun pulak (T_T) Tema raya tahun ni warna maroon. Entah macam mana aku boleh terbeli baju aku warna merah. Masa tema merah tahun lepas, baju aku terwarna oren pulak. Aku syak aku ada rabun warna la. huhu.

Sebenarnya takdelah banyak pon rumah yang aku pergi beraya. Tak sampai 10 buah rumah pon. Yang pergi tu pon semua rumah keluarga terdekat je. Duit raya pun tak dapat banyak. Cis cis. Ni yang nak jadi budak-budak balik ni. Em tu je la kot. Jom tengok gambar. Sikit je pon. Malas nak upload banyak-banyak. Kang jemu pulak korang. haha






SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN !!