Monday, September 27, 2010

Raya Ada Lagi ke?

Dah lama kiranya tak update. Busy sebab banyak keje. Cam biasa la cuti raya tak ingat dunia. Naik cuti baru la nak buat keja. Dengan test lagi. hehe. Tapi busy-busy pon aku tetap ada masa untuk facebook dan twitter. Ngehngeh. Blog je yang kurang update.

Semalam aku dengan kawan-kawan sekelas pergi beraya. Tak banyak rumah pon. Dua rumah je. Janji dengan diorang semua pukul 9. Tup2 pukul 10.30am baru diorang siap. Ok bukan perempuan ye, lelaki yang bersiap sampai 10.30am tu. Biasanya perempuan yang siap lambat kan. Ini terbalik dah. (T_T)

Tempat nak pergi tu agak jauh jugaklah, kat Kota Tinggi. Kitorang dari UTM. Dengan laparnya tak sarapan. So singgah jap drive thru beli McD sebab pergi sana sejam setengah. Jauh gila kot mau kebulur dalam kereta kalau tak makan. *alasan*

Raya kali ni memang sikit je rumah aku beraya. So tambah lagi dua rumah ni, baru 8 buah rumah aku pergi beraya. Paling sikit dalam sejarah hidup aku. wakaka. Aku pon pelik kenapa aku tak banyak beraya.


Ok bye nak study untuk test