Friday, September 17, 2010

Pertama Kali ke Petrosains

Hari selasa yang lepas, aku dan dua orang adik aku Ima (12 tahun) dan Sarah (6 tahun) pergi ke Petrosains. Sebabnya adik aku Ima tu dah pernah pergi rombongan sekolah so dia cerita-cerita la kat Sarah tu yang tempat tu best. Tu yang Sarah beria-ia ajak aku pergi sana. Disebabkan aku akak yang baik dan tak nak mengecewakan adik aku (cewah), aku pon bawak lah diorang ni ke sana. Lagipon aku takde buat apa kat rumah. Asik mengadap laptop aje. Boring jugak, ye tak? Nak keluar pon memang takde geng-geng dok area sini. Dengan diorang ni jugaklah aku selalu ajak kuar. Asik keluar dengan adik-adik je..hehe


Kitorang pergi sana nek train je. Sebab kete takde semua orang pergi keje. Cuma nak pergi ERL je ada orang hantar. Aku ok je naik train, tapi takot adik aku Sarah tu penat. Dia kalau penat mulalah meragam. Pastu nangis. Satu hal pulak kalau dia nangis kang. Tapi nasib baik ok. Cuma time makan je dia nangis sebab ada orang langgar dia sampai jatuh. Nasib baik berhenti nangis. Kalau tak...

Ramai jugak masa mula-mula nak masuk tu. Beratur punya panjang. Nasib baik la boleh masuk jugak. Em best jugak la masok petrosains ni. Dapat cuba macam-macam. Kalau budak-budak mestilah lagi suka. Macam banyak benda yang boleh di main. Adik-adik aku berlari-lari ke sana ke sini try macam-macam. Kepada ibu-bapa yang tak tau nak ajak anak-anak pergi mana tu, boleh la ajak ke Petrosains ni. Banyak benda berkenaan sains yang boleh dipelajari kat sini.

P/S : All the best untuk adik aku yang bakal amik UPSR hari selasa ni.



bergaya tak adik aku? hehe

bawak kapal terbang. jakun2. haha
dalam ERL
haha, nak jugak :p
postcard yang dikirim ke email.