Wednesday, September 22, 2010

Jatuh Lagi

Siapa-siapa yang perasan, semalam aku ada update kat twitter dan facebook pasal aku jatoh moto semalam. Ini kali pertama aku jatuh moto disebabkan aku yang bawak. Before ni pernah jugak jatuh tapi bukan aku yang bawak. So agak trauma jugak la.

before keluar. muka gembira lagi
Sebenarnya aku nak pergi JJ semalam sebab nak beli barang sikit. Yela baru abes cuti kan. Barang-barang semua dah lesap sebab bawak balik rumah. Aku bawak moto LC kawan aku, Lina. Aku yang kena bawak sebab kawan aku tu dia ada lesen L je. Maaf Lina aku terkantoikan ko ada lesen L je. hehehe. Masuk je kat tempat parking aku bawak dah slow dah masa tu. Ada la dalam 30-40 km/j. Kira dah slow la jugak. Pastu entah macam mana aku terlanggar jalan yang tak rata sebab ada penutup longkang. Ala yang macam ni.

Dah trauma dengan benda ni
Apa lagi, gedebuk la jatuh. Ramai gak pekerja-pekerja JJ tengah duduk kat depan tu. Diorang datang tolong angkat moto, tanya ok ke tak, nak ubat ke tak. Aku dah menggeletar dan cuak masa tu. Bukan sebab sakit atau apa, tapi mengenangkan yang moto tu bukan moto aku. Kalau moto aku, aku tak kesah. Habis moto Lina calar-calar. Lepas tu handle dah senget sikit. YA AMPUN LINA. Lepas ni aku taknak dah bawak moto ko. Kalau nak naik berdua, naik moto aku je. Kalau nak naik moto ko, ko yang kena bawak. Kitorang takde luka-luka. Cuma mengalami lebam-lebam je kat kaki. Nasib tak teruk sangat.

moto yang dah calar teruk. dah la moto baru. tak sampai 2 bulan pon.
muka tuan punya moto yang dah tension. maaf Lina
Banyak sangat perkara malang yang berlaku kat kami pada hari Isnin. Doakan kitorang lepas ni baik-baik aje ye. Dan yang paling banyak sekali, kejadian aku bersama kenderaan yang asik malang jer. Korang boleh baca kat SINI.

Mungkin lepas ni aku patut consider untuk beli basikal sahaja.

P/S: Teringat lak lagu Matta - Jatuh Cinta Lagi. Tapi aku patut tukar dengan Jatuh Moto Lagi. (T_T)