Monday, September 20, 2010

Jahat Tak Aku?

Pada suatu petang, cuaca agak panas la jugak. So aku ke dapur tengok-tengok dalam peti ais mana tau ada air yang boleh menghilangkan dahaga. Bukak-bukak tapi hampa. Takda air yang langsung yang boleh menghilangkan tekak aku yang dahagakan kasih sayang ni. Eh dahagakan air. Yang ada hanyalah botol kosong air Coca-Cola (coke) entah zaman bila pun aku tak pasti. Punya la kecewa aku masa tu.

Tapi tiba-tiba aku dapat satu idea. Aku bukak almari dapur cari botol yang mengandungi cecair berwarna hitam iaitu kicap. Korang boleh teka tak apa yang aku buat. Ya aku bancuh air kicap tu supaya warnanya kelihatan seakan-akan air coke. Siapalah bakal menjadi mangsa pertama aku ni. hahaha. Aku pun sejukkan lah dalam peti ais tu. Lepas dah sejuk aku usha lagi botol tu, fuh memang sebijik macam air Coke. Memang tak boleh bezakan.



Selang beberapa jam, akak aku pulang dari sekolah. Dan tempat yang dia tuju pastilah peti ais sebab nak cari air jugak kan sebab haus. Selang beberapa saat...


Siapa buat air kicap ni woiiiii!!!!!!!


Hahaha. Larikkkkkkkkkkkkkkkk~


Itu kisah aku masa aku masih bersekolah rendah. Aku tak ingat darjah berapa. Darjah 5 kalau tak silap. Ada satu lagi kisah. Masa sekolah rendah jugak.

Masa tu akak aku tengah mop lantai kat dapur. Pastu aku datang dapur sebab nak cari makanan kot. Eh asal aku asik pergi dapur je ni. So aku jalan kat lantai yang masih belum kering tu. Apa lagi mengamuk la akak aku kan. Pastu membebel-bebel kat aku. Dah bertekak-tekak sampai aku bengang, aku bukak peti ais, amik telur sebiji lepas tu aku pecahkan kat lantai tu. Then aku terus lari. Aku tak dengar dah apa akak aku cakap masa tu. Mau dia sumpah seranah aku kot. Hahaha


Jahat tak aku masa kecik-kecik. Korang nilai la sendiri. hee. Tapi sekarang aku baik je. Tak nakal-nakal dah. Silalah percaya ye. hahaha