Saturday, August 21, 2010

The Test

Tadi baru je lepas jawab test Analytical Chemistry. Subjek ni aku tak minat sebab banyak sangat nak kena hafal. Tapi boleh kot jawab tadi. Ada yang dapat dan ada yang tidak. InsyaAllah mudah-mudahan ok la hendaknya. Dan yang paling gembira, test ni test terakhir aku sebelum cuti hari raya nanti. Best sangat-sangat sebab dah tak payah dah fikir pasal test, fikir pasal raya jer. hihihi

Kalau ada test je, mesti aku akan stay up sampai pagi. Study last minute punya pasal. Alah, korang macam tak biasa je kan. Tapi memang macam tu la sikap aku. Buat kerja suka meleceh. huhu. Sampaikan semalam punya reflection nak kena hantar kat lecturer, aku terlepas deadline. Nasib baik lecturer baik hati. Tq Dr.

Sejak dua menjak ni aku agak busy jugak lah. Banyak meeting kena attend. Pagi tadi before test pon aku ada meeting. Ada program yang InsyaAllah aku akan join untuk semester ni. First Kem Pendidikan kat Pulau Pangkor, dan Melaka-Riau Academic and community services. Semua program ni under kolej aku. Dan satu lagi yang akan buat aku busy ialah aku jadi salah seorang ahli Student Media Team (SMT UTM) yang baru sahaja di tubuhkan. Hopefully aku dapat bahagi masa untuk benda-benda ni semua. Takut nanti program entah ke mana, study pon entah ke mana.



p/s : Tak sabar nak raya. Ada tak siapa-siapa nak bagi aku kad raya guna pos? Aku nak.....hehehe (padahal baru berapa hari puasa) :D