Wednesday, August 18, 2010

Cool Blog

Korang tau tak cool blog apa? Bukan blog di blogger or wordpress tu ye. Kedai jual air atau ice blended yang banyak cawangan kat giant ke, JJ tu. Yang color pink tu kedainya. Mostly yang aku pernah jumpa, kat area-area johor ni ha. Kat Putrajaya takde lagi kedai ni. Em tak tahu la sekarang dah ada ke tak. Sebab lama gila dah tak balik. Almost 1 month (bajet lama gila lah kan).

Dulu masa mula-mula kedai ni buka kat Jusco, Taman U. Kawan aku ada beli. So aku pon merasa la dari dia. Aku malas nak beli sebab aku tak suka merasa benda-benda baru ni. Unless ada orang yang suggest ianya sedap atau aku dah pernah merasa sendiri. Hehe. Masa mula-mula rasa tu, aku try chocolate blog. Aku rasa macam pelik sikit rasa dia. Aku pon tak tahu pelik tang mana. Masa time tu gak aku tengah addicted dengan ice blended kat Secret Recipe. Konon tak pandang la cool blog ni. Kalau kawan aku beli, aku cakap kat diorang, apa la yang sedap sangat kat cool blog ni. Aku pernah gak try ice blended mocha ke cappuccino tah. Memang tak dapat nak lawan Secret Recipe punya ice blended la.


Tapi kan, tapi kan. Sejak akhir-akhir ni apsal aku pulak yang dah addicted minum cool blog ni ha. Tiap kali pergi Jusco mesti aku akan beli chocolate blog. Pastu letak pearl, memang sedap la. hahaha. Dulu kutuk-kutuk kawan aku minum last-last aku pulak yang tersuka. hehehe. Ice blended secret recipe pon dah tak pandang dah. Sekarang kawan-kawan aku pulak yang perli aku, dulu cakap tak suka, sekarang ko lak yang dah addict. Cis (-_-")

p/s: Jangan tengok gambar air tu lama-lama. Terliur kang. haha