Wednesday, August 25, 2010

Best ke nama Hidayah ni?

Nur Hidayah bermaksud cahaya petunjuk dalam bahasa melayu. Nama Hidayah ni boleh dikatakan common name jugaklah kat Malaysia ni. Pergi mana-mana mesti akan ada orang sama nama dengan aku. Kat sekolah-sekolah yang aku asyik pindah randah tu pon, memang akan ada. Paling tidak pon dalam kelas aku ada la sorang dua. Kalau nak kira total 1 sekolah yang nama Hidayah, confirm lagi banyak.


So macam ada sedikit kekeliruan kalau ada orang nama sama dengan kita ni. Contohnya time cikgu nak pulangkan buku ke apa ke. Cikgu akan panggil Nur Hidayah. Cikgu tak panggil sekali dengan nama bapak. So masing-masing akan keliru. So lepas tu tanya balik kat cikgu, Hidayah mana? Baru la cikgu cakap nama penuh. Dah biasa dah benda ni berlaku pada aku.


Perkara yang aku paling tak boleh lupa sekali yang melibatkan nama aku, masa aku form 5. Biasa sekolah-sekolah kan ada majalah sekolah. So kalau tahun terakhir tu aku expect yang best la dari majalah sekolah ni. Boleh buat kenang-kenangan kata orang. Tapi bila aku usha bahagian form 5. Aku selak-selak, takde pulak gambar aku. Padahal kat page kelas aku ni. Gigih aku mencari. Tiba-tiba je aku terperasan seseorang yang asing di situ. Maksud aku bukan budak kelas aku la. Guess what? Rupa-rupanya kat profile aku tu, tertukar dengan gambar orang lain. Sob-sob sadis gila. Sebabnya budak tu pun nama dia Nur Hidayah jugak. Uwaaa~


Lepas tu aku usha la pulak kelas dak yang nama Hidayah tadi tu. Mana tau ingat-ingat tertukar dengan gambar aku. At least ada la jugak nanti kan gambar aku ke. Selak punya selak, kat profile dia, gambar dia jugak. Cisss cisss. Ada orang kenakan aku ke ni. Saje je tanak aku masuk dalam majalah sekolah kan. Takpe ar, camni ar kan. Hancur luluh hati aku.


Haa masa pergi gathering GB hari tu pon, sampai 4 orang nama Hidayah. Kech (Hidayah Yahya), Hidayah Jamal, Violet Ungu (Hidayah Aziz) dan aku. Glemer tak glemer nama aku. haha. Jimat space dalam otak siapa-siapa yang datang tu. Takdelah kena ingat banyak nama kan. huhu


p/s: Tengah fikir-fikir, nak letak nama anak ape ye nanti. lalala~