Wednesday, August 04, 2010

Bercinta di FB

Ada sorang junior aku ni baru je lepas add aku kat FB. So aku pun usha-usha la jugak profile dia. Yela dah lama tak dengar cerita. Tengah dok asik belek-belek gambar dia. Nampak lak aku gambar beliau dengan bf nya. Terbaca la komen-komen kat bawah tu sekali (aku tak stalk eh). Komen dia dengan bf dia la kot.

Bukan main lagi cerita pasal nak kahwin la, dan ayat-ayat jiwang yang lain. Amboi-amboi. Korang ni kecik lagi tau tak. Belajar pon tak habis lagi dah pikir pasal kahwin. Kalau macam aku ni, takpelah jugak kot. Dah besar. cewah...

Ok tu contoh je. Motifnya di sini, aku nak cerita pasal certain orang kat fb. Aku pernah terbaca status salah seorang kawan aku kat fb. Dia kata

"Orang lain pon bercinta jugak, bukan korang je."

Haa lebih kurang macam tu lah ayat dia aku pon dah tak ingat. Korang paham tak maksud ayat kat atas ni?

Meh aku bagi korang paham. Camni, aku kadang-kadang naik muak tengok gelagat orang yang bercinta kat FB. Kadang-kadang tu aku rasa, diorang tu macam nak bagi tau satu seantero dunia yang diorang tu tengah hangat bercinta. Aku tak kesah kalau diorang nak letak gambar couple-couple kat fb. Biasa lah tu orang tengah hangat bercinta. Sikit pon aku tak jeles. Tapi yang aku tak boleh terima bila adanya ayat macam ni kat status diorang.

"Ayang cayang kat abang, Muaahxx." atau "Baby, rindu sangat2 la kat u" atau "Abang, bila nak jumpa ni,sayang rindu kat abang"

Ok tu la antara contoh-contohnya. Bukannya apa, aku rasa macam agak annoying kat situ. Nak cakap-cakap jiwang karat macam tu aku rasa, tak perlu la semua orang tau kot. Hantar sms je sudah. Tapi mungkin diorang ni jenis yang suka express feeling secara terang-terangan kot. Entah la...

Dan ada juga status salah seorang kawan FB aku, status dia asik nak emo-emo aje. Aku pon tak paham. Contohnya pulak macam ni.

"Aku tau yang dia tak suka aku, aku paham." atau "Aku tak cantik, sapa je la yang nak kat aku ni"
Ok yang ni 2 contoh je. Aku rasa status dia dedicate kat sorang je kot. Kawan aku siap remove terus dia dari FB sebab annoy dengan status-status dia yang macam ni. Nasib aku tak removed. hehe.


Ok tu hanya pendapat dari aku sahaja. Peace. (^_^)y


p/s : I Love You :)