Wednesday, August 11, 2010

Apa yang korang rasa kalau...


Salam Ramadhan buat semua. Kejap je dah 1 Ramadhan kan, cepat betul masa berlalu. Selamat berpuasa jugak. Jangan nk ponteng-ponteng puasa eh. hehe

Lately ni aku jarang dah bukak blog. Nak jalan-jalan blog orang apatah lagi. Semuanya disebabkan masalah internet kat bilik aku ni. Kenapa tah slow jer. Yang boleh bukak laju cuma FB jer. Nak bukak blog, loading punya lama. (T_T)

Ok back to the topic. Tadi aku pergi solat tarawikh. Tengah-tengah solat ada pulak budak-budak kecik main lari-lari kat depan time semua orang tengah sembahyang. Ada la dalam 2-3 orang budaknya. Aku yang tengah sembahyang ni pun boleh jadi kurang khusyuk.

Aku tidaklah nak salahkan budak-budak ni sebabnya budak kecik kan, bukan boleh fikir lagi. Tapi aku nak salahkan mak diorang dalam hal ni. Patutnya budak-budak tu kena la ada pengawasan. Mak dia pon solat jugak tadi. So takde sapa nak jaga, tu yang main lari-lari budak-budak tu. Sampai ada jemaah terpaksa bangun dari solat sebab tak boleh nk sujud sebab budak-budak tu ada kat depan. Pastu main lari-lari jatuh pulak depan sejadah aku. Terkejut la jugak aku sebab tengah mengantok masa tu. erk kantoi.

Kalau pergi masjid kat kampung aku dulu, ada papan tanda yang tulis budak-budak kecik tak boleh masuk melainkan ada pengawasan ibu-bapa. Sebab tu la ada papan tanda tu, diorang tak nak ada budak-budak kacau orang tengah sembahyang.

So, siapa-siapa yang ada bawak budak kecik gi masjid ke surau ke, tolong lah jaga anak-anak anda yer. Kalau tak nak jaga, jangan lah bawa (-_-")