Sunday, July 18, 2010

Selepas Seminggu Di UTM

Terasa lama jugak nak seminggu lepas naik sem 12hb haritu. Tapi kalau cuti kenapa rasa sekejap aje? hehe. Minggu ni agak penat la jugak. Aku duduk kolej baru yang boleh dikatakan agak jauh dari fakulti. Lepas tu kenderaan belum sampai lagi. So kena la jalan kaki, naik bas, tumpang-tumpang orang. hehe. Nak tumpang orang tu pun kena jalan kaki dulu pergi kolej dia. Jauh jugak la. Aku rasa dah turun berat badan aku walaupun seminggu. cewah. Naik bas pulak first time dari kolej, memang tak tau la kan. Tanya-tanya la jugak orang. Dah macam budak first year.

ni masa aku tengah tunggu member sebab nk tumpang dia. wat muka kesian nk tumpang orang. haha

pemandangan masa tgh tunggu bas. aku mmg suke tengok awan.

Pagi semalam pukul 6.45pagi dah tunggu bas sebab ingat bas sampai awal. Rupa-rupanya pukul 7.30am baru sampai T_T. Pasal kolej baru aku lak, overall memang ok. Yang paling best ada internet cable. Tak macam kolej lama aku. Takde la aku marah-marah lagi lepas ni sebab internet takde. hehehe. Tapi nanti selalu online je study entah ke mana. Lepas tu, kat sini ada mesin basuh dan mesin pengering yang boleh terus kering tu. Senang sikit aku nak basuh baju lepas ni. (nampak sangat pemalas basuh baju guna mesin aje. lalala).

Hari khamis lepas pulak ada sale J card day kat Jusco Taman U. Ngam-ngam pulak kan haritu jugak duit scholar JPA aku masuk. Saje je nak suruh aku menghabiskan duit. Aku takde la shopping banyak sangat. Just beli benda-benda yang perlu macam bantal, comforter, cadar tu semua sebab lupa bawak balik UTM. Memang nyenyak aku tido lepas tu sebab semua baru. Bolster je yang takde.

Time J card day tu punyelah ramai orang. Sampai parking kat bahu jalan. Memang kaya la polis sebab semua kereta-kereta yang park kat tepi jalan tu semua kena saman. Tak berbaloi betul nak beli murah-murah last-last kena keluar jugak duit untuk bayar saman. choii. Memang rakyat malaysia ni suke bershopping ek. Pantang ada sale. Menggelepar terus. haha (aku pon tergolong kot dalam golongan ni).

rumet aku, Lina tengah berebut baju dengan Cat. semangat tak? baju perempuan tu Cat oi. hehe
tengoklah betapa ramainye orang bersesak2 nak beli murah.

Tadi baru lepas tengok cerita Eclipse. Lambat lak aku tengok. Padahal dah lama keluar. Boleh tahan la ceritanya. Nak kata best sangat tu takde la, tapi takde la tak best. huhu. Lepas ni nak tengok cerita apa lagi ek. Duit tengah banyak ni. lalalala. Bajet gila. Kang tengah-tengah sem confirm ikat perut makan maggi hari-hari.

p/s: Banyak pulak aku membebel hari ni.