Tuesday, July 06, 2010

Perempuan kalau bawak kereta berhemah ke tak?

Setiap kali aku bawak kereta kan, mostly, mesti ada orang yang horn aku. Aku pon tak tau la kenapa. Nak kata nak ngorat aku, jauh sekali. Ke aku bawak kereta terlalu laju dan merbahaya. Siapa-siapa yang pernah merasa naik kereta dengan aku tu, tau la kot aku selalu kena horn. hehehe. Aku memang tak suka kalau kena horn. Bajet bagus je kan orang yang nk horn aku tu. Aku rasa aku dah bawak kereta dah cukup BERHEMAH dah.

Sepanjang aku bawak kereta, aku pernah accident sekali. Langgar bontot kereta orang. Masa tu kat Kajang. Jalan dah la busy. haha. Cuak jugak la masa tu. Menggelabah masa aku turun kereta jumpa orang tu, cina lelaki. Dah la duit dalam purse masa tu ada RM30 jer. Mau dia claim dua tiga ratus ker. huhu. Nasib baik tak teruk sangat, lepas tu dia kata 'its ok'. Fuhh, lega.

Kalau kat Putrajaya ni bawak kereta lembap-lembap memang dah kena maki la. Mana tak nya, traffic light bukan main banyak lagi. Lepas tu lampu hijau nye tu dah la sekejap je. Kadang-kadang dah lama lampu hijau,  kereta kat depan baru la terhegeh-hegeh nak jalan. Mana orang kat belakang tak hangin. Kalau dia cepat sikit sempat la dua tiga bijik kereta lepas. Orang camni memang aku hangin. Rasa nak pukul je.


Kalau lelaki lak kan, tengok kereta macam agak-agak lembap je bawak, mesti dalam fikiran diorang kata

"Mesti perempuan ni yang bawak".

Apesal ha? Ada siapa-siapa boleh terangkan?