Monday, July 19, 2010

Malang Menimpa

Hari Ahad lepas, aku dan kawan-kawan aku, Ika dan Lina merancang nak keluar sebab ada barang yang perlu di beli. Awal-awal sem ni tak banyak kerja lagi jadi memang laju je la nak keluar. Dalam tiga-tiga orang ni, memang takde seorang pon yang ada kereta. Semua ada moto je. Plan hari tu nak pergi Angsana dan City Square (CS). Agak jauh la jugak kan kalau nak naik moto. So kami pon decide nak sewa kereta sahaja. Lepas je dapat contact seorang brother kereta sewa ni daripada salah seorang senior aku, aku pon deal la dengan dia semua. Lepas dapat kereta, aku memang dah perasan minyak kereta dah empty. Tapi aku relax je lagi. Aku agak memang cukup la untuk sampai ke stesen minyak berhampiran.

Ni la kereta di tempat kejadian, nampak tak petronas tu, sikit je lagi nak sampai

Malangnya, dalam 100 meter je lagi dah nak sampai Petronas, kereta dah mula tersengguk-sengguk. Aku dah kaget. Aku try lagi tekan-tekan pedal minyak supaya sempat sampai kat Petronas tu, tapi hampa. Kereta tu pun berhenti kat tepi jalan. 100 meter je lagi ye kawan-kawan. Sadis betul. Aku bertambah kaget masa ni. Sebabnya, kereta dah la banyak. Lepas tu laju pulak tu semua. Maybe sebab hari minggu kot, semua orang pun nak berjalan jugak. Satu je yang aku takut, takut kereta langgar dari belakang sebab tak nampak.

Aku cepat-cepat call bro tadi. Nasib baik dia angkat then dia suruh tunggu. Lama jugak la nak tunggu dia sampai. Ada lah dalam 15 minit. Sementara nak tunggu tu, kitorang buat isyarat kat kereta-kereta yang lain supaya tukar lane. Dah macam orang kerja turap jalan je dah. hehe. Sebabkan kitorang, jam sikit la jalan kat situ. Haha. Ada 1 kereta ni, bawak laju gila, lepas tu tak perasan kereta tu, brek emergency sampai keluar asap kat tayar. Cuak gila masa tu. Nasib baik tak langgar kereta tu. Kalau tak, tak pasal-pasal aku yang kena.

Ramai jugak la yang berhenti tanya kenapa. Tapi kitorang cakap dah mintak bantuan. So diorang jalan je la. Tapi yang berhenti banyak yang nak tolong tumpangkan, bukannya nak tolong pasal kereta tu. Siap ada foreigner yang ajak tumpang. Mestilah kitorang tak nak kan. Sekali entah kat mana diorang bawak kang. Tapi ada sorang couple indon ni berhenti siap tolong lagi sampai lah kereta ni ok. Baik betul la diorang. Thanks.
Ini dia couple indon tu. awek dia macam cina, entah la.

Tak lama lepas tu, ada beberapa kereta polis datang. Sampai 3 kereta tu. Memang macam kecoh gila dah. Semua kereta yang lalu slow kan kenderaan sebab nak tengok apa yang berlaku. Polis-polis tu banyak gak tanya. Siap nak offer sewa kereta diorang pulak. haha. Aku lega sebab polis dah datang, takde la aku kena buat isyarat tangan lagi. hehe. Malu~ Buatnya orang-orang yang aku kenal lalu. Mesti diorang tanya kang, sejak bila buat part time buat isyarat kat jalan ni (-_-")



Nasib baik polis sampai.

Setelah sejam lebih tak silap, baru lah kereta tu ok semula. Buang masa aku betul. Mood nak keluar pun dah kurang sikit. Lepas tu, memang takde nye la aku nak sewa kereta tu. Kang mati kat JB pulak kang, dah satu kerja pulak. Bro sewa kereta tu pulak baik hati nak hantar kami ke CS. hehe. Itu je la cerita nya malang aku pada hari tu.

p/s: Lepas ni dah tak nak sewa kereta dah.

Nak baca cerita version room mate aku, klik sini.